klik-klik

16 May 2011

fakta air dan kurus!

cukup ke 1 hr kite minum air??
(petikan ni amik from herbalife punyer product)

setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong
sekurang-kurangnya 1 liter
*Contoh: Berat 57kg ( ini adlh berat saya..hihi), perlukan 2.28liter air lebih kurang 2 liter setengah..lagi byk lg bagus
*Praktikkan mengambil air yang
cukup setiap hari, kalau boleh mulakan dari sekarang dan anda akan rasa
perbezaannya! Sukat berapa liter yang anda minum setiap hari Muhasabah diri dan perbaiki pencapaian pada keesokkannya.so..jom kite praktikkan..sy dh start lame..motifnye nk turunkan berat badan..sbb dh pernah tgk testimoni...hanya minum air boleh kurus!...

 
ini saya punyer..2 liter okesh..letak kt opis ( sori..meja bersepah :))
Nk th tips bagaimana untuk minum air secukupnya?????
(1) Minum 2 teguk setiap 10 minit dari jam 7 pagi hingga 7 malam.mcm model x berbayar di atas itu..botol air mest atas ribaan..haha
*Anda akan minum 3 liter dalam tempoh tersebut!

(2) Masukkan air dalam botol-botol kecil dan kira berapa yang anda telah
minum *Jika botol besar, semangat mudah luntur ( sy punya besar,sbb mls nk berulang ke pantry amek air..haha)

(3) Jika anda selalu minum seliter sahaja sehari atau kurang, cuba
tambah sedikit demi sedikit setiap hari (bukan sekali gus 3 liter).
Tanamkan sikap "Hari ini lebih baik dari semalam"

Fakta:
Tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan
kumbuhan.
*Bayangkan jika anda cuma minum seliter sehari!
Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?
Otak kita mengandungi 90% air
*Lihat di sekolah, anak siapa yang selalu menjinjing botol air? Dan anak
siapa yang selalunya bijak?
Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 83% air
Air menstabilkan suhu badan
Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel Air melembabkan udara
dalam paru-paru Air meningkatkan kadar metabolisma!
Air melindungi organ-organ
Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik Air melindungi
dan melembabkan rawan

Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?
1-Tubuh selalu kepenatan
2-Sakit kepala yang kerap atau migrain
3-Sembelit
4-Ketegangan otot
5-Tekanan darah yang tidak seimbang
6-Masalah buah pinggang
7-Kulit kering
8-Risiko Kematian

lps dpt skit2 info ni baru sy faham kenapa..jika kite amek produk kuruskan badan sperti jus mate5,kite kene minum air yg byk...sebenarnye air adalah medium utama untuk mengaktifkan sel2 badan kite supaya cekap bekerja,produk tersebut pula membantu kite spy lambat lapar..jadi..kalu x guna produk untuk kuruskan badan pon xpe..janji minum air dengan byknye..

so sape2 nk kuruskan badan minum air dgn banyak..jgn bimbang perut buncit dan slalu berulang ke tandas..haha sbb itu hanya sementara...nk lagi best n cepat kurus tambahkan teh hijau,bukan shj membantu turun kan berat..tp teh juga antioksidan yg melambatkan proses penuaan..ikut ler brand ape2.. sy guna LIPTON jek..hihi

berubah sekarang..ukur air melalui berat anda!
 dr botol kecik ke botol besar!..anda pasti dpt rasakan perubahannye..hehe.
sekian sahaja..semoga dpt info dr n3 ini..



6 comments:

aEn+aReaL=Ryan said...

Bagus Gak Fakta Nie..Thnx..

Unknown said...

selamat mencuba mama ryan..hehe

Jahirah said...

ckup2...kdg2 terlbh minum.nak2 skang ni cuaca panas.elok minum air 0 lbh ckit..:)

m!3yr4h_LolLy said...

nice one. info menarik nie kak. hee

Unknown said...

cik aisha
btul2..skang mmg panas..pagi2 dh berpeluh..huhu

Unknown said...

mierah lolly
tq..slamat mencuba

iklan lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...