klik-klik

14 October 2011

Assalamualaikum semua...salam jumaat yang mulia..
korang mesti biasa tgk video2 ceramah agama Ustaz Azhar Idrus kan..
seronok kan..lebih2 lagi dialek bahasa kelantan + ganu yg digunakan..hehe
skang dh keluar buku yg ditulis sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus,dan diterbitkan bawah PTS ISLAMIKA yg menjawab berkenaan permasalahan isu semasa,buku ni mudah dan ringkas..

   buku ini boleh didapati di pasaran yg terpilih..

mai sy kongsikan sedikit isu yg dibangkitkan dalam buku ini..

soalan: saya ada kemusykilan mengenai pemakaian gelang kaki di kalangan wanita hari ini.Apakah hukumnya? bolehkah ustaz berikan hadis @ nas-nas yg kukuh kerana ada mengatakan boleh mamakai gelang kaki ttp dgn syarat tiada loceng.

jawapan: pendapat paling kuat dlm masalah ini mengharamkan memakai gelang kaki berloceng secara mutlak

dalam kitab Bahrul Mazi(syarah sahih al-Tirmizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya.Ini berdasarkan hadis Nabi yg dikeluarkan oleh Abu Isa al-Tirmizi yg maksidnya:

Abu hurairah melaporkan Rasulullah berkata" Malaikat Rahmat tidak menyertai jemaah(kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng"

Sesetengah sarjana islam pula mengharuskan pemakaian gelang kaki berloceng jika di hadapan suami sahaja.pendapat pertma adalah lebih kuat kerana besesuaian dengan hadis-hadis dalam bab ini.

memakai gelang kaki tanpa loceng pula diharuskan oleh sesetangah sarjana Islam,sekalipun dipakai di luar rumah,dengan syarat tidak dipamerkan sehingga boleh dilihat oleh orang lain( pakai stokin)

semoga sedikit persoalan yg dikongsikan pd arini,boleh memberi info kepada kite semua..

11 comments:

MamaEma said...

memang seronok dgr ceramah dia kat you tube

LiLy @ MumMyQiStInA said...

suka dgr bila ustaz nih berceramah..lawak pun ada..

Thx utk perkongsian ini.. ^_^

Salina@IbuAqil said...

suka pakai gelang kaki tp x suka yg berloceng.. rasa mcm bising.. tp x pakai dh skrg sbb DAH PUTUS!! uwawawawaaaaa ;) Nak cr arr buku ni.. ;)

|| NaFiRaa || said...

mu beli ke buku nih??? bagusnye~ nanti bulih lah aku pinjam..muehehehe

maszmadi said...

nice sharing.....

MamaYatie said...

sebab saya org trg, lagi la saya suka dengar ceramah ustaz ni..paham sebijik2 w/pun dia suka keluar ayat/loghat yg pekat trg...hehee

Amie said...

thanks for sharing...

wahida said...

terima kasih berkongsi...

m!3yr4h_LolLy said...

ceramah ustaz azhar mmg popular. tambah2 lagi dialek dlm bahasa teganu. senang nak paham. hee

eT said...

ustaz ni mai shah alam aritu..penuh masjid ko...huhu

Mama Gee said...

baguss buku ni kan...harus pi carik nnti :)

iklan lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...